fbpx

Bantuan Musim Sejuk untuk Syria

SYRIA, 14 Januari 2022 – Kira-kira 500 buah keluarga di kem pelarian yang berdepan dengan musim sejuk melampau telah menerima bantuan barangan keperluan seperti makanan, arang dan pemanas udara melalui Winter Mission oleh Impactive Malaysia dengan kerjasama Cinta Syria Malaysia.

Impactive Malaysia juga turut melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu mereka yang terkesan seperti Projek Wakaf Khemah for Syria dan Projek Bantuan Bahan Bakar melalui hasil kutipan yang berjaya dikumpulkan iaitu sebanyak RM 30,000. Khemah-khemah yang rosak, usang dan koyak juga turut dibaiki supaya mereka dapat berlindung terutama ketika cuaca dan suhu sehingga bawah paras beku.

Namun begitu, penderitaan rakyat di Syria masih belum ada penghujungnya. Mereka yang tinggal di kem pelarian masih berdepan dengan pelbagai ujian yang menjadi mangsa konflik peperangan dan hidup serba kekurangan bagi sumber keperluan harian yang sangat terhad.