SEMPORNA, 19 Oktober 2022 – Seramai 94 orang kanak-kanak dan remaja dari perkampungan atas air telah dikhatankan di dalam sebuah program anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia (Impactive Malaysia). Mereka terdiri daripada pelbagai lingkungan umur dari usia 4 tahun sehingga 18 tahun.
Pelbagai karenah dan telatah namun yang lebih utama adalah manfaat kepada mereka dari sudut ibadah dan juga kesihatan. Majoriti mereka adalah beragama Islam justeru projek ini secara tidak langsung menyempurnakan tanggungjawab kita untuk membantu saudara kita di sana.
Projek ini dijayakan atas usaha sama pelbagai pihak termasuk pasukan perubatan yang diketuai Dr. Jawahir Madeaming dari Poliklinik Sejati Merotai bersama sukarelawan perubatan yang lain.