fbpx

Agihan Pek Makanan di Semporna

SEMPORNA, 20 Oktober 2022 – Impactive Malaysia telah ke beberapa kawasan bagi pengagihan pek makanan di kawasan perairan Semporna. Antaranya adalah Kampung Ambuk-ambuk, Pulau Nusa Tengah dan Kg. Halo Hujung.

Pelbagai makanan asas seperti beras, ubi, mi kuning, gula, garam, kicap dan teh telah diagihkan yang memberi manfaat kepada hampir 1700 warga komuniti di perkampungan atas air. Setiap pek boleh bertahan sekitar 2 hingga 3 minggu yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang mereka alami.

Beberapa ikon telah turut terlibat dalam menjayakan projek agihan pek makanan ini antaranya adalah Hazeman Huzir, Akhi Fairuz, Farah Lee dan Addien bagi melihat sendiri realiti kehidupan komuniti di sana.