fbpx

Author Archives: web admin

Rumah untuk Agung Hadiah Bermakna Untuk Anak-anaknya

         


SEMPORNA, 11 Oktober 2022 – Rumah yang tengahnya berlubang dan menanti masa untuk dihanyutkan air. Bayangkan di dalam rumah yang tidak selamat itu didiami oleh tujuh anak-anak yang masih kecil. Tak dapat digambarkan perasaan mereka apabila berlakunya ribut dan hujan lebat.

Namun kini keluarga Agung mampu berlapang dada. Berkat usaha sama rakyat Malaysia yang prihatin rumahnya dapat dibina semula. Tidak ada lagi dinding yang berlubang dan lantainya juga tidak lagi menampakkan air laut di bawahnya.

Syukur yang tidak terhingga tidak dapat digambarkan oleh keluarga itu. Mimpi ngeri itu kini telah bertukar menjadi sebuah harapan untuk keluarga itu terus ke hadapan Seterusnya

Agihan Pek Makanan di Semporna

SEMPORNA, 20 Oktober 2022 – Impactive Malaysia telah ke beberapa kawasan bagi pengagihan pek makanan di kawasan perairan Semporna. Antaranya adalah Kampung Ambuk-ambuk, Pulau Nusa Tengah dan Kg. Halo Hujung.

Pelbagai makanan asas seperti beras, ubi, mi kuning, gula, garam, kicap dan teh telah diagihkan yang memberi manfaat kepada hampir 1700 warga komuniti di perkampungan atas air. Setiap pek boleh bertahan sekitar 2 hingga 3 minggu yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang mereka alami.

Beberapa ikon telah turut terlibat dalam menjayakan projek agihan pek makanan ini antaranya adalah Hazeman Huzir, Akhi Fairuz, Farah Lee dan Addien bagi melihat sendiri Seterusnya

Program Kemiskinan Haid Membantu Komuniti Perkampungan Atas Air

SEMPORNA, 19 Oktober 2022 – Masih ramai yang tidak cakna akan isu kemiskinan haid. Bila ditanya kekerapan datang bulan, ada yang satu atau dua kali sahaja setahun. Mengapa? Satu atau dua kali kerana dalam tempoh yang lain itu adalah fasa di mana dia mengandung. Realiti yang masih berlaku di negara kita namun kurang diberi perhatian.

Akhi Fairuz aktivis dalam pendidikan seksual dan juga Farah Lee antara ikon yang terlibat dalam menjayakan Projek Kemiskinan Haid di Perkampungan Atas Air, Semporna yang lalu. Pendidikan dan kesedaran tentang isu kemiskinan haid telah diberikan secara tidak langsung di samping pengagihan menstrual cup dan juga Seterusnya

94 Kanak-kanak dan Remaja Selamat Dikhatankan

      

SEMPORNA, 19 Oktober 2022 – Seramai 94 orang kanak-kanak dan remaja dari perkampungan atas air telah dikhatankan di dalam sebuah program anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia (Impactive Malaysia). Mereka terdiri daripada pelbagai lingkungan umur dari usia 4 tahun sehingga 18 tahun.  

Pelbagai karenah dan telatah namun yang lebih utama adalah manfaat kepada mereka dari sudut ibadah dan juga kesihatan. Majoriti mereka adalah beragama Islam justeru projek ini secara tidak langsung menyempurnakan tanggungjawab kita untuk membantu saudara kita di sana.

Projek ini dijayakan atas usaha sama pelbagai pihak termasuk pasukan perubatan yang diketuai Dr. Jawahir Madeaming dari Poliklinik Sejati Merotai bersama Seterusnya